Habib Kadzim as Saqqaf: Ibadah Sebagai Rasa Syukur




Allah SWT tidak menyuruh kepada hambanya, melainkan dalam suruhan itu ada kebaikan, dan tidak melarang kepada hamba-Nya, melainkan ada bahaya dalam larangan itu. Dalam setiap suruhan dan larangan-Nya, Allah ﷻ hanya inginkan yang terbaik untuk hambaNya. Jadi, bagaimanakah kita bersyukur kepada Allah ﷻ ?
Bagaimanakah kita ini untuk menampilkan syukur melalui ibadah kepada Allah ﷻ ? Bagaimana untuk beribadah kerana kita sukakan Allah, kerana bersyukur kepada Allah, kerana rasa rindu kepada Allah dan bukan semata-mata kerana kita takutkan ancaman Allah, takutkan hukuman Allah?
Kita ingin melakukan ibadah untuk menunjukkan rasa suka kita dan rasa syukur kepada Allah. Sehingga ibadah kita berubah menjadi kerana rindu, kerana syukur dan kerana cinta kita kepada Allah ﷻ, sepertinya ibadah Nabi Muhammad ﷺ, ibadah para anbiya’. Ibadah yang dibuat untuk mengagungkan Allah, kerana cintakan Allah dan kerana bersyukur pada Allah.
Perumpamaan yang mudah kepada minda untuk memahami hubungan kita dengan Allah adalah seumpama Raja yang mempunyai ramai pelayan.

-Pelayan jenis pertama melayan Raja kerana takut dihukum.

- Golongan pelayan kedua pula melayan Raja kerana mengharapkan balasan harta. Golongan ketiga pula melayan Raja dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan apa-apa. Daripada ketiga-tiga golongan ini, yang teristimewa ialah golongan yang ketiga, kerana layanannya bukan kerana takut, atau mengaharapkan sesuatu.
Jika dibandingkan dengan kita, golongan pertama adalah hamba yang lemah imannya, dan beribadah kerana takutkan neraka. Golongan kedua beribadah kerana mengharapkan balasan syurga.

- Ibadah golongan yang ketiga ialah ibadah hamba yang tidak mengharapkan apa-apa sepertinya ibadah para Anbiya’, para solihin, yang beribadah kerana mengagungkan Allah, kerana rasa cinta dan kerana rasa syukur kepada Allah ﷻ .
Oleh kerana itu, mari, kita perbanyakkan ibadah kita kepada Allah dengan mengangkat darjat ibadah itu kerana mengagungkan Allah, kerana rasa syukur dan cinta kepada Allah ﷻ. Kita bersyukur kepada Allah kerana Allah menjadikan kita umat Islam, dan sebahagian daripada umat Nabi Muhammad ﷺ. Kalau kita memperbanyakkan amalan baik, maka Allah akan memasukkan kita ke dalam golongan pilihan Allah.

(arifan)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Habib Kadzim as Saqqaf: Ibadah Sebagai Rasa Syukur"

Post a Comment